Jumaat, 16 Julai 2010

Bank Muamalat perkukuh rangkaian

Jeli:    Bank Mulamalat yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan syariah mempertingkatkan infrastruktur rangaian perbankannya dengan pembukaan Cawangan ke-56 di Jeli, Kelamrin.
         Penubuhan cawangan baru di Jeli itu, dipersetujui selepas mendapati permintaan dan bilangan pelanggan yang tertarik terhadap perkhidmatan ditawarkan menerusi tiga cawangan sedia ada di Kelantan.
        Cawangan pertama Bank Mualamalat di Kelantan dibuka di Kota Bharu pada 2000, diikuti cawanganJalan Yahya Petra (2006) dan Pusat Perhidmatan di Kok Lanas, Februari lalu.
        Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, berkata, pihaknya mengambil inisiatif membuka cawngan itu bagi kemudahan pelanggan.
       "Penubuhan itu amat besar maknanya kepada kami kerana tujuan asal untuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai kemudahan Bank Muamalat yang menyediakan produk dan perkhidmatan Islam bagi seluruh masyarakat.

Isnin, 5 Julai 2010

Dua pusat rawatan sudah lumpuh, 17 berdepan risiko sama


KOTA BHARU: Dua loji rawatan air (LRA) milik syarikat utiliti, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di negeri ini sudah lumpuh, manakala 17 lagi berdepan risiko sama jika kemarau yang melanda negeri ini sejak Februari lalu berterusan sehingga menyebabkan sungai yang menjadi sumber bekalannya, semakin cetek.

Merempat bawa RM1

Oleh Fazurawati Che Lah
 
TUMPAT: Nasib seorang remaja berusia 13 tahun boleh diibaratkan seperti anak terbuang apabila terpaksa hidup dalam kemiskinan dan berpindah-randah untuk menagih kasih sayang selepas ibu bapanya bercerai sejak sembilan tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, Mohd Aimron Abdul Rahman juga terpaksa menanggung malu apabila bapa berusia 30-an yang diharapkan untuk membelanya rupa-rupanya seorang kaki pecah rumah dan ibunya pula melarikan diri.

Gerai rentung

2010/06/03 
Kebakaran awal pagi musnah impian peniaga Pasar Besar Tanah Merah

TANAH MERAH: Lebih 30 peniaga Pasar Besar Tanah Merah di sini, kerugian besar selepas gerai masing-masing musnah akibat kebakaran, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, memusnahkan 32 gerai beras dan buah-buahan yang terletak di tingkat bawah pasar berkenaan.

Jambatan reput tunggu mangsa

2010/06/10
Laluan berusia 40 tahun hubung Pengkalan Chepa, Kota Bharu kini bagai perangkap maut

KOTA BHARU: Lebih 5,000 penduduk dari lima kampung di jajahan ini, menggesa kerajaan negeri membaiki segera jambatan kayu di Kampung Lapan Pari di sini, yang seolah-olah menjadi jambatan maut.
Jambatan berusia lebih 40 tahun itu kini menjadi laluan utama kepada penduduk terutama pelajar untuk ke sekolah di Pengkalan Chepa dan Kota Bharu. Lima kampung yang menjadikan jambatan itu sebagai laluan utama ialah Kampung Che Deris, Kampung Jaya Setia, Kampung Taman Buaya, Kampung Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Kampung Lapan Pari.

Blog dalam pengubahsuaian