Jeli: Bank Mulamalat yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan syariah mempertingkatkan infrastruktur rangaian perbankannya dengan pembukaan Cawangan ke-56 di Jeli, Kelamrin.
Penubuhan cawangan baru di Jeli itu, dipersetujui selepas mendapati permintaan dan bilangan pelanggan yang tertarik terhadap perkhidmatan ditawarkan menerusi tiga cawangan sedia ada di Kelantan.
Cawangan pertama Bank Mualamalat di Kelantan dibuka di Kota Bharu pada 2000, diikuti cawanganJalan Yahya Petra (2006) dan Pusat Perhidmatan di Kok Lanas, Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, berkata, pihaknya mengambil inisiatif membuka cawngan itu bagi kemudahan pelanggan.
"Penubuhan itu amat besar maknanya kepada kami kerana tujuan asal untuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai kemudahan Bank Muamalat yang menyediakan produk dan perkhidmatan Islam bagi seluruh masyarakat.
"Ini jelas terbukti apabila setakat ini lebih 400 akaun dibuka daripada pelbagai kategori pelanggan walaupun cawangan Jeli baru beroperasi," katanya berucap pada majlis pembukaan bank berkenaan di bandar Jeli, dekat sini.
Majlis perasmian itu disempurnakan Menteri Perdaganagn Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustafa Mohamed.
Mustafa ketika berucap mengharapkan Bank Muamalat memainkan fungsinya lebih proaktif dan mengambil inovasi baru denagn memperkenalkan perkhidmatan lebih komprehensif berdasarkan hukum syarak.
"Usaha positif itu diyakini akan membuka mata masyarakat di dalam dan luar negara mengenai keistimewaan dan kebaikan menjalankan urusniaga Islam," katanya.
Sementara itu seorang pelanggan, Nordin Teh, 54, menyifatkan pembukaan bank berkenaan sejajar dengan pembangunan serta kemajuan yang semakin pesat di kawasan Parlimen Jeli.
katanya, langkah itu akan dapat memenuhi kemahuan penduduk yang ingin mendapatkan kemudahan pembiayaan dan dposit berlandaskan syariat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan